Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Pembayang pantun menggambarkan jika kita berburu di padang datar (padang yang luas) maka hasilnya akan mendapat rusa berbelang kaki. Rusa berbelang kaki itu maksudnya ialah belalang rusa, sejenis belalang yang kakinya berbelang. Maka maksudnya kalau kita berburu di tengah padang, bukan di rimba, yang kita dapat hanya belalang rusa, bukannya rusa sebenar.
Secara logiknya jika ingin berburu mestilah di dalam hutan bukannya di padang kerana kalau berburu di padang maka hasilnya sedikit (belalang).
Maksud pantun ini juga mempunyai gambaran yang sama iaitu jika kita berguru kepalang ajar atau berguru tidak bersungguh-sungguh maka diibaratkan seperti bunga yang kembang tak jadi
1 ulasan:
terima kasih, baru tahu maksud sebenar pantun ni.
Catat Ulasan