Indahnya Pantun Melayu

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

Pembayang pantun di atas memberi maksud bahawa apabila buah langsat sudah masak kuning maka buah kenduduk tidak berbunga lagi. Apabila tidak berbunga maka sudah tentulah tidak berbuah. Hal ini menggambarkan orang akan memakan buah senduduk jika buah langsat belum masak.

Namun apabila buah langsat masak, maka senduduk tidak dipedulikan lagi kerana sudah ada pilihan yang lebih baik. Selain itu juga, buah langsat lebih enak berbanding buah senduduk.

Sikap manusia ini dikiaskan dengan maksud pantun apabila mendapat gading bertuah maka tanduk tidak dipedulikan lagi.


Seseorang telah mendapat sesuatu yang baru dan berharga maka yang lama dan kurang berharga tidak dipedulikan lagi.


Tiada ulasan: