Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih dan menghasilkan satu makna yang khusus. Kata majmuk mestilah ditulis jarak atau terpisah.
Masalahnya ...
Situasi yang berlaku sekarang ramai yang masih tidak mengetahui bahawa kata majmuk ini mestilah ditulis jarak. Perkataan pada papan tanda di bawah jelas menunjukkan kesalahan dalam menulis kata-kata majmuk.
Kurangupaya sepatutnya
Kurang upaya
Pasaraya
sepatutnya
Pasar raya
papantanda
sepatutnya
papan tanda
Hakmilik
sepatutnya
Hak milik
Bandaraya
sepatutnya
Bandar raya
Kraftangan
sepatutnya
Kraf tangan
Maklumbalas sepatutnya
Maklum balas
Lebuhraya
sepatutnya
lebuh raya
Ubahsuai sepatutnya Ubah suai
Namun terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah :
antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari
3 ulasan:
Oh saya selalu tersalah eja Bandar raya dengan Lebuh raya.
Macam mana nak bezakan kata majmuk dieja rapat atau terpisah?
Amira... Semua kata majmuk mestilah dieja jarak. Tetapi terdapat kekecualian beberapa perkataan kerana penggunaanya sudah mantap.Perkataan tersebut ialah :
antarabangsa
setiausaha
beritahu
sukarela
bumiputera
suruhanjaya
jawatankuasa
tandatangan
kakitangan
tanggungjawab
kerjasama
warganegara
olahraga
pesuruhjaya
matahari
Kesimpulannya di sini, selain kata majmuk di atas mestilah dieja jarak.
Perlu diingatkan 'Dewan Bandaraya Kuala Lumpur', betul ejaan 'Bandaraya' kerana KATA NAMA KHAS yang tidak boleh ditukar ejaanya.
Ohhhhhhhhhhh, ceh 'oh' panjang panjang bukti dah faham betul. ;p hehe terima kasih cikgu.
Catat Ulasan