Indahnya Pantun Melayu

Putik kelapa menjadi muda,

Kelapa muda jadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai;

Hati lura tiada pura

Rasa pedih buat tak hirau,

Ibarat kaca jatuh ke lantai.


MAKSUD PEMBAYANG


Pembayang di atas menggambarkan maksud putik kelapa yang menjadi muda, seterusnya menjadi keras, setelah keras menjadi kotai iaitu menjadi tua dan kering.

Keadaan ini menggambarkan buah kelapa yang banyak kegunaannya tetapi tidak dipedulikan dan disia-siakan sehingga menjadi tua dan kering.

Pembayang ini jelas mempunyai kesinambungan dengan maksud pantun iaitu seseorang yang tidak berpura-pura apabila hati terluka. Namun, hati terasa pedih kerana orang lain pula tidak menghiraukan kesedihan yang dialami. Keadaan ini menggambarkan rasa hati yang sangat kecewa kerana tidak dipedulikan.


Tiada ulasan: