Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula
Pantun dua kerat ini menggambarkan seseorang yang pura-pura tidak tahu atau suka bertanya perkara yang sudah diketahuinya. Namun yang menjadi persoalan di sini, mengapa pembayangnya sudah gaharu cendana pula? Apakah gaharu? Apakah cendana ?
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat gaharu bermaksud kayu yang harum yang berasal daripada pokok tengkaras. Manakala cendana pula bermaksud sejenis pokok yang wangi baunya dan kuning warna kayunya.
Maksud pembayang ini jelas menunjukkan sudah wangi , maka hendak wangi lagi. Sudah menggunakan gaharu, maka mahu lagi menggunakan cendana pula. Sudah tahu sesuatu perkara, maka mahu bertanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan