Satu tangan bilangannya lima,
Dua tangan bilangan sepuluh;
Nenek tanam biji delima,
Apa sebab peria tumbuh?
Sekali kita membaca pantun ini jelas tidak menunjukkan kesinambungan antara pembayang dan maksud. Namun jika diteliti, sebenarnya pembayang memaparkan ilmu metamatik iaitu jika satu tangan, jumlahnya lima jari dan dua tangan jumlahnya 10 jari.
Ilmu Matematik ini sangat mudah kerana tiada jawapan lain selain jawapan yang diberi. Tidak pernah orang mempertikaikan satu tangan jawapannya 8 atau 9. Yang pasti jawapannya 5 dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Jelas. Tepat. Tiada persoalan lagi.
Mari kita huraikan maksud pantun pula. Buah delima simbolik kepada kebaikan kerana rasanya yang manis. Buah peria simbolik kepada kejahatan kerana rasanya pahit. Hal ini menerangkan bahawa sikap manusia yang tidak boleh diduga.
Kadang-kadang jika kita berbuat baik, kita akan dibalas dengan kebaikan. Namun, ada juga masanya kita dibalas dengan kejahatan. Siratan makna pantun ini mendedahkan ilmu Matematik mudah kita ramal jawapan kepada persoalan yang dikemukakan, namun sikap manusia sukar untuk diramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan