Indahnya Pantun Melayu

Baik-baik mengirai padi,

Takut mercik ke muka orang,

Baik-baik menjaga diri,

Takut nanti diejek orang.

Mengirai padi bermaksud menampi beras dengan menggerak-gerakkan nyiru. Apabila mengirai padi kita dinasihatkan berhati-hati ditakuti akan terpercik ke muka orang lain. Keadaan ini menunjukkan seseorang yang tidak pandai menampi padi walhal pekerjaan ini amat mudah. Berkemungkinan akan diejek kerana tidak pandai menampi beras.



Kesatuan maksud pembayang amat jelas terpancar iaitu kita dinasihati baik-baik menjaga diri kerana jika kita tidak pandai menjaga diri ditakuti kita akan diejek oleh orang lain.

Tiada ulasan: