Indahnya Pantun Melayu

Buat bangsal di tepi hutan,

Tebaslah hutan buat halaman,

Di tepi halaman menanam kobis,

Diselang dangan pokok papaya;

Biarlah sabar dengan perlahan,

Itulah tanda orang beriman,

Tidak patah digoncang iblis,

Akhirnya tuan menang berjaya.

MAKSUD PEMBAYANG


Bangsal ialah rumah panjang atau tempat panjang yang beratap (di pasar). Pembayang ini mengambarkan maksud seseorang yang ingin membina bangsal di tepi hutan mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi kerana melakukan kerja menebang pokok-pokok dan membersihkannya menjadi halaman bukan satu tugas yang mudah.



Seterusnya , untuk meneruskan kelansungan hidup, kita mestilah bijak iaitu bercucuk tanam dan menggunakan ruang semaksimum mungkin dengan menanam kobis dan diselangi dengan pokok papaya ( betik).



Hal ini menunjukkan kejayaan seseorang yang bersabar menempuh dugaan dan akhirnya berjaya. Pembayang pantun ini mempunyai kaitan dengan maksud pantun iaitu kita mesti bersabar dalam apa-apa jua keadaan dan akhirnya kita akan memperolehi kejayaan dan kemenangan.

Tiada ulasan: