Indahnya Pantun Melayu

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Persoalan yang timbul, mengapa pisang emas dibawa belayar? Mengapa tidak pisang tanduk, pisang berangan atau pun pisang nangka? Mengapakah masak sebiji di atas peti? Mengapa tidak dua biji , tiga biji atau sesikat? Oleh itu, mari kita ungkai segala persoalan di atas.


Orang dulu-dulu mempercayai bahawa pisang emas merupakan ubat untuk orang yang mabuk laut. Jadi sesuailah pisang emas dibawa belayar untuk mengubati sesiapa yang mabuk laut.


Tidak cukup dengan itu, pisang emas ini sangat sesuai dibawa belayar kerana pisang ini tidak masak serentak dalam sesikat. Jika diteliti, pisang emas akan masak sebiji demi sebiji. Keadaan ini menyebabkan pisang emas ini sesuai dibawa belayar kerana tidak cepat busuk.

Kenapa atas peti? Orang dulu-dulu memang menggunakan peti untuk berjalan jauh kerana peti merupakan alat yang amat sesuai untuk menyimpan barang pada waktu itu ... wallahualambisawab....

Tiada ulasan: