Asal Usul Peribahasa

GAJAH MENYUSU

Gajah menyusu bermaksud atap tambahan atau yang disambung pada rumah, sengkuap. Atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (Sebagai tambahan sahaja) Peribahasa ini sesuai dengan keadaan anak gajah yang sedang menyusu seperti atap tambahan yang disambungkan pada rumah.


Namun ada segelintir orang yang menggunakan peribahasa ini GAJAH MENYUSUR. Perkataan susur tidak sesuai kerana susur bermaksud tepi atau pinggir. Menyusur bermaksud berjalan atau berlayar mengikut tepi, berjalan atau berlayar sepanjang tepi, lalu sepanjang jalan, mengikuti jalan atau arah

Tiada ulasan: