BAPA BOREK ANAK RINTIK
Peribahasa ini merujuk kepada perbuatan/ perilaku buruk bapa akan diikuti oleh anaknya. Perkataan “borek” itu terlebih dahulu perlu difahami takrifannya bermaksud bekas kudis cacar yang berbintik-bintik pada tubuh (Yaakub Isa, 1997: 26)
Daripada sudut pandang lain pula, rintik itu dapatlah ditakrifkan sebagai bintik/rintik hitam yang kecil dan borek bermaksud bintik hitam yang lebih besar. Perlakuan negatif bapa diumpamakan sebagai borek dan perlakuan bapa yang diikuti oleh anak boleh diumpamakan sebagai rintik.
Secara logiknya rintik kecil yang terkumpul dengan banyak boleh menghasilkan borek. Jadi tidak mustahil apabila bapa berpelakuan negatif anak akan mengikutnya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan