MARI KITA MENGENALI MAHSURI...
Mahsuri ialah seorang gadis Melayu yang tinggal di Pulau Langkawi. Mahsuri dikatakan seorang gadis yang bersopan santun dan mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Ketinggian peribadi dan kejelitaanya menjadi buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan kaum wanita.
MAHSURI BERKAHWIN
Mahsuri telah dikahwinkan dengan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Mahsuri hidup bahagia bersama Wan Derus. Mahsuri pun hamil dan secara kebetulan Wan Derus keluar daripada Langkawi kerana berperang dengan tentera Siam. Oleh sebab tiada sesiapa yang menjaga Mahsuri, maka Mahsuri tinggal bersama-sama kedua-dua ibu bapanya.
DERAMANG OH DERAMANG...
Hendak dijadikan cerita, Deramang seorang penyair kembara singgah di Langkawi. Kehebatan Deramang bersyair menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, maka tinggallah Deramang di rumahnya sambil mengajar syair dan dendang kepada penduduk Langkawi.
Kebijakkan Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Wan Mahura mencari jalan untuk menfitnah Mahsuri.
FITNAH TERHADAP MAHSURI
Mahsuri melahirkan anak lelaki bernama Wan Hakim dan mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya iaitu Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya, Wan Mahura. Tanpa menunggu suami Mahsuri iaitu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat pulau Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.
MAHSURI DIHUKUM BUNUH
Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak dadanya. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akhirnya Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
SUMPAH MAHSURI
Akhirnya Mahsuri mati dengan melafazkan kata-kata demikian :
YA Tuhanku! Tidak aku redha dan tidak aku halalkan darahku tumpah ke bumi Langkawi. Tidak aku rela mati dengan teraniaya! Aku bersumpah pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur, tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan. Berpuakalah pulau ini! Ya, Allah, matikanlah aku yang tidak berdosa ini….”
BENARKAH DARAH MAHSURI BERWARNA PUTIH?
Mengikut logik akal, tiada manusia di dalam dunia ini yang berdarah putih seperti Mahsuri. Namun, mengapakah Mahsuri dikatakan berdarah putih? Sejauh mana kebenaran Mahsuri berdarah putih? Kalau difikirkan kembali ada benarnya Mahsuri berdarah putih. Namun putih itu bukanlah darah Mahsuri sebenarnya. Darah putih yang dimaksudkan itu ialah air susu badan Mahsuri. Logiknya
Mahsuri dihukum bunuh selepas dia melahirkan anaknya.
Dia ditangkap dan dikurung sebelum dihukum bunuh. Semasa dia dikurung semestinya dia tidak dapat menyusukan bayinya. Jadi, apabila Mahsuri tidak dapat menyusukan bayinya, maka bengkaklah payu dara Mahsuri dipenuhi susu. Situasi ini dipanggil ‘bengkak susu’. Apabila keris ditikam di dadanya secara tidak lansung, tertikam payu daya Mahsuri maka berhamburan susu bercampur darah... Wallahualamhissawab....
PADANG JARAK PADANG TERKUKUR
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
DIMANAKAH KUBUR MAHSURI?
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
KEBANGKTAN LANGKAWI
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan