Indahnya Pantun Melayu

Sarat bermuat ikan cencaru,

Gelama tidak berumpan lagi,

Kail tersangkut di tepi batang;

Sudah dapat orang yang baru,

Yang lama tidak berkenan lagi,

Ibarat melukut di tepi gantang.

MAKSUD PEMBAYANG

Ikan cencaru ialah ikan laut dalam. Namun ikan ini akan berada di persisir pantai apabila tiba musim angin monsun atau musim tengkujuh iaitu pantai keadaan pantai yang bergelora dan agak dalam.



Pada waktu itu, nelayan akan dapat menjala ayau memukat ikan-ikan cencaru dengan mudah sekali. Apabila ini berlaku, ikan gelama tidak diumpan lagi yang bermaksud tidak kail lagi. Kail pun hanya tersangkut di tepi batang kerana tidak digunakan lagi.



Keadaan ini menggambarkan sudah mendapat orang baru, orang lama dilupakan dan terasa seperti disisihkan.


Tiada ulasan: