Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapaktangan;
Sungguh jauh di negeri satu,
Jauh di mata di hati jangan.
Pantun ini mempunyai maksud yang sangat indah. Namun, jika diteliti perkaitan pucuk pauh dan delima batu dengan anak sembilang di tapak tangan tidaklah mempunyai kesinambungan maksudnya. Anak sembilang yang durinya cukup bisa tidak bertepatan dari segi penyalinan tulisan Jawi lama yang ditranlisasikan ke bentuk rumi dan tidak memberikan makna yang konkrit.
Sebenarnya...
Anak sembilang ini dimaksudkan ialah air sambilan iaitu air pemandian mayat yang mengalir melalui tapak tangan si pemandi mayat yang jelas mempunyai perkaitan dengan pucuk pauh dan buah delima batu yang dicampurkan di dalam air untuk memandikan mayat si mati supaya tidak berbau.
Sesungguhnya...
Maksud di negeri satu pula bermaksud negeri kejadian asal manusia iaitu alam akhirat. Walaupun sudah meninggal dunia iaitu jauh di mata namun kita hendaklah sentiasa mengingatinya di dalam hati.
2 ulasan:
si suami cari ubatan pucuk pauh dan delima batu utk sisteri malangnya terlalu lewat,
isteri telah meninggal, itulah air sembilan untuk madi mayat isteri. negeri yang satu itu
negeri akhirat. jangan dilupakan.
Anak sembilang tu cincin yang belah rotan ada batu.
Catat Ulasan