Indahnya Pantun Melayu

Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilurut pecah batangnya;

Hati muda jangan diturut,

Kalau diturut susah datangnya.


Padi yang muda tidak boleh dilurut batangnya kerana jika kita melurut padi maka akan menyebabkan batang padi pecah. Apabila batang padi pecah maka padi akan layu seterusnya akan menyebabkan buah padi tidak cukup masak ataupun tidak berbuah sama sekali.


Hal ini akan mendatangkan kesusahan kerana tidak dapat dituai. Akibatnya apabila padi tidak dapat dituai, maka timbulah kesusahan mendapatkan bekalan padi yang menjadi makanan rugi rakyat Malaysia.


Kesinambungan maksud pembayang ini diceritakan dalam maksud pantun iaitu orang muda janganlah menurut kata hati kerana kalau diturut kata hati akan menyebabkan banyak kesusahan akan berlaku.


Mari kita ambil contoh, remaja zaman sekarang menurut kata hati dengan mencuba-cuba belajar merokok. Tabiat ini akan mendatangkan kesusahan seperti kalau ditangkap pihak sekolah pelajar itu akan dihukum. Kesusahan seterusnya ialah wang banyak dihabiskan untuk membeli rokok.


Implikasi jangka masa panjangnya ialah perokok akan berdepan dengan masalah kesihatan iaitu penyakit kanser. Jelaslah bahawa, perkaitan maksud pembayang dan maksud pantun ini mempunyai kesatuan yang utuh.

Tiada ulasan: