Indahnya Pantun Melayu

Apa diharap padi seberang,

Entah berderai entah tidak,

Entah dimakan pipit melayang;

Apa diharap kasihnya orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.



Apabila kita bertanam padi, kita tidak boleh mengharapkan padi yang berada di seberang. Hal ini demikian kerana, padi yang berada di seberang sukar untuk dijaga kerana tidak berada di hadapan mata. Kemungkinan besar padinya tidak berisi dan kemungkinan juga dimakan oleh burung seperti burung pipit.


Keadaan ini menggambarkan sesuatu yang tidak pasti tentang hasil padi yang diharapkan. Maksud pembayang ini mempunyai pertautan idea yang sangat jelas dengan maksud sebenar pantun. Seseorang tidak boleh mengharapkan kasih pada orang lain.

Hal ini kerana, ada orang berkasih, ada yang bercerai dan ada yang tidak. Ada juga orang berkasih semakin hari semakin sayang.

Tiada ulasan: