Indahnya pantun Melayu

Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.

Maksud pantun ini ialah kita jangan membazir. Barang-barang yang tidak berguna lagi berkemungkinan ada gunanya. Seperti contoh ikan busuk jangan dibuang kerana masih boleh digunakan untuk perencah memasak sayur seperti masak pucuk daun kayu(masakan orang Negeri Sembilan).


Pembayang maksud ini juga membawa maksud yang sama. Tikar pucuk dan tikar mengkuang adalah tikar yang digunakan oleh golongan marhaen. Namun, orang yang tinggal di istana tikar pucuk dan tikar mengkuang ini tidak digunakan kerana tikar mudah rosak kerana dibuat daripada daun ibus (sejenis pokok palma) dan daun mengkuang.


Mesej pembayang pantun ini menasihati kita, tikar pucuk dan tikar mengkuang ini walaupun kegunaan untuk rakyat jelata sahaja tetapi masih boleh digunakan walaupun untuk mengalas nikah raja-raja Melayu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bahasa melayu cukup indah berbanding bahasa - bahasa yang lain

Tanpa Nama berkata...

Saya cukup kagum dengan bahasa melayu kerana ianya mempunyai peribahasa, simpulan bahasa, dan lain - lain

Tanpa Nama berkata...

Elakkan 2 B
Beri harapan
Berharap