Indahnya Pantun Melayu

Ambil galah jolok kedondong,

Galah pendek buat sumpitan,

Buluh bersisip tali jerami;

Bukan salah ibu mengandung,

Sudah takdir sudah suratan,

Sudah nasib jadi begini.

MAKSUD PEMBAYANG

Buluh ialah sejenis tumbuhan yang boleh dibuat galah. Pembayang pantun ini menerangkan buluh digunakan untuk menjolok buah seperti buah kedondong.


Galah yang pendek pula boleh dibuat alat untuk menyumpit. Selain itu, buluh juga boleh disisipkan dengan tali jerami untuk dibuat tikar buluh.



Keadaan ini mengambarkan buluh yang tidak menyalahkan atas perkara yang dilakukan padanya, kerana sudah ditakdirkan nasibnya memang begitu. Maksud pembayang ini amat bersesuaian dengan maksud sebenar pantun yang menyatakan bahawa kita tidak boleh menyalahkan orang lain terhadap perkara berlaku terhadap kita kerana sudah ditakdirkan dan sudah disuratkan nasib kita memang begitu.

Tiada ulasan: