Indahnya Pantun Melayu

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;

Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Pembayang pantun ini mengambarkan cara bermain batu seremban. Kurik adalah kuis (cara bermain batu seremban) Kundi adalah tiap-tiap batu seremban. Yang kurik kundi bermaksud mengambil biji kundi. Dan Yang merah itu saga bermaksud batu seremban biasanya diisi dengan biji saga. Jadi, budi dan bahasa yang sungguh elok diolah seperti dalam permainan tradisional batu seremban.



Kundi juga ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.




Tiada ulasan: