Peribahasa Serampang dua mata



Serampang dua mata

Serampang bermaksud sejenis tombak yang hujungnya bercabang dua. Sesuai dengan ciri fizikal serampang ini sangat berguna kepada orang zaman dahulu untuk menangkap ikan.  Apabila menggunakan dua mata,  hatta dengan sekali tujahan sahaja,  dua ekor ikan akan dapat ditangkap.



Justeru, elok benarlah peribahahasa serampang dua mata bermaksud  sesuatu dasar atau program yang mempunyai dua matlamat, kepentingan dan objektif.

Bagi menjelaskan maksud peribahasa ini contoh ayat seperti di bawah :

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan mempunyai serampang dua mata kerana selain dapat merapatkan jurang kemiskinan antara kaum di Malaysia, dasar ini juga dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.


Tiada ulasan: