Indahnya Pantun Melayu

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

Apa guna berkain batik,

Kalau tidak memakai capal;

Apa guna beristeri cantik,

Kalau tak pandai menumbuk sambal.



MAKSUD PEMBAYANG PANTUN

Orang dahulu suka memakai kain batik. Apabila berkain batik akan lebih cantik dan sopan jika memakai capal. Capal ialah selipar yang buat daripada kulit tetapi rupanya seperti selipar Jepun.



Jadi, apabila seseorang memakai kain batik tetapi tetapi tidak memakai capal menggambarkan kecantikan yang tidak sempurna kerana tidak memakai capal.



Keadaan ini menggambarkan tiada gunanya beristeri cantik jika tidak pandai menumbuk sambal ataupun tidak pandai memasak.


Tiada ulasan: