Indahnya Pantun Melayu

Dari cempedak baik nangka,

Kerana nangka panjang tangkainya;

Dari budak baik janda;

Kerana janda panjang akalnya.



Buah Cempedak

Jika diperhatikan kedua-dua jenis buah ini sangat berbeza. Selain perbezaan daripada rasa buahnya, tangkainya juga berbeza kerana nangka tangkainya panjang berbanding cempedak tangkainya pendek.


Buah Nangka


Jadi kesimpulannya, buah nangka senang dibawa kerana tangkainya yang panjang. Maksud pantun ini mempunyai pertautan idea yang sangat rapat kerana daripada satu sudut positif berkahwin dengan janda boleh membawa kebaikan kerana bijak pemikirannya berbanding budak atau anak dara yang banyak perkara yang harus dipelajarinya.

Tiada ulasan: