Indahnya Pantun Melayu

Banyak bulan perkara bulan,

Tidak sama bulan puasa;

Banyak tuhan perkara tuhan,

Tidak semulia Tuhan yang satu.


Umat Islam telah sedia maklum bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan pada bulan ini umat Islam diseru melakukan sebanyak mungkin ibadat kerana ganjaran pahalanya amat besar. Hal ini menjadikan bulan Ramadan tidak sama dengan bulan-bulan yang lain.


Malah ada yang mengatakan bahawa bulan puasa ini ialah penghulu segala bulan. Keistimewaan bulan Ramadan ini bolehlah disamakan dengan maksud pantun bahawa banyak tuhan yang disembah oleh manusia di dunia ini, tidaklah sama dengan Allah yang maha esa.

Tiada ulasan: