Tangkai Jering

        Anak didikku disayangi… bahasa itu indah sebenarnya, jika diselami, didalami, dikaji dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Bahasa seseorang itu melambangkan peribadinya, pendiriannya, ilmunya dan pengalamannya. Hatta, lahirlah peribahasa BAHASA JIWA BANGSA.
  
         Menjadi guru bahasa Melayu di tengah-tengah kota metropolitan banyak cabarannya. Dalam kelas bahasa Melayu pun boleh tersasul bertutur dalam bahasa Inggeris. Tidak kira lagi, dalam menjawab soalan pemahaman atau penulisan karangan. Perkataan  dipendekkan seperti dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kerana sudah biasa menggunakannya.
 
         Apabila mengajar peribahasa pula contohnya tangkai jering, mereka tahu maksudnya kedekut. Itupun sebab mereka merujuk kamus peribahasa. Apabila aku membawa jering ke dalam kelas lebih kurang separuh daripada anak didikku tidak mengenali buah yang kubawa. Malah ada yang mengatakan buah ciku.

          Aku seronok melihat anak didikku terlopong mendengar peneranganku sebab tangkai jering itu diberi perumpamaan kedekut.Anak didikku berkata  “ Owh.. Macam tu ye cikgu. Tak tau pun selama ini”. Bangga tidak terkira hatiku.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice story

jiepo berkata...

sy tau jering tuu ape cikgu..
huhu.. bgge2.. :)