Gambar di atas ialah batok. Apakah peribahasa yang berkaitan dengan batok ini?
BAGAI MELEPASKAN BATOK DI TANGGA
Mari saya terangkan.... Batok adalah tempurung. Dalam konteks ini batok ialah pencedok air tempurung yang diletakkan di dalam tempayan di tepi tangga rumah.
Peribahasa ini terhasil iaitu seseorang yang membasuh kaki di tangga sebelum naik ke rumah telah mencedok air dengan menggunakan batok. Arakian, selepas kaki dibersihkan, tanpa berlengah seseorang akan naik ke atas dengan melepaskan batok itu tanpa menghiraukan batok itu. Fenomena ini membawa maksud dengan melepaskan batok ini menggambarkan kerja yang tidak bersungguh-sungguh atau membuat kerja sambil lewa.
Apa itu bendul?... Bendul ialah balak (kayu) yang dipasang memanjang pada tiang rumah atau balak (kayu) yang melintang di bawah pintu. Buatan bendul ini mestilah lurus dan tidak boleh bengkok. Jika bengkok, sesebuah rumah tidak dapat didirikan. Hatta, dengan sifat bendul ini maka lahirlah peribahasa LURUS BENDUL yang bermaksud orang yang jujur dalam perbuatannya.lain berkaitan bendul.
LANGKAH BENDUL pula macam mana? Seperti definisi, bendul iaitu kayu yang melintang di bawah pintu. Lazimnya apabila seseorang ingin masuk ke dalam rumah mestilah memijak bendul tersebut dahulu baru masuk ke dalam rumah.
Kedatipun, jika seseorang masuk ke dalam rumah tetapi melangkah melangkaui bendul tersebut yakni tanpa memijak bendul , dianggap tidak sopan kerana melangkah dengan langkah yang besar masuk ke dalam rumah. Hatta, fenomena ini melahirkan peribahasa LANGKAH BENDUL iaitu seseorang adik berkahwin dahulu daripada kakaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan