HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM
Makna Jauhari ialah ahli atau penjual batu permata. Manikam ialah batu permata atau intan. Perumpamaan tersebut secara simboliknya merujuk kepada mereka pakar dalam sesuatu bidang sahaja dapat mengenal lebih dekat bidang yang dikajinya.
Dalam erti kata yang lain, orang yang mahir sahaja akan mengenal betapa tingginya nilai manikam itu. Orang tidak mahir tidak mengenali atau tidak mungkin menyangka bahawa manikam itu batu berharga seperti batu biasa.
Maka bersesuaianlah maksudnya peribahasa ini hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokkan sesuatu atau ilmu.
1 ulasan:
Sangat menarik, teruskan usaha.
Catat Ulasan