Indahnya Pantun Melayu


Sejak kentang dibuat gulai,
Ubi tidak dipeduli lagi;
Sejak wang jadi pemakai,
Budi tidak peduli lagi.

Orang dahulu selalu menggunakan ubi untuk dibuat lauk. Hal ini demikan kerana, ubi senang ditanam dan ubi hidup subur di negara kita yang beriklim Khatulistiwa. Selain itu, ubi juga sangat berguna semasa kita berada dalam kesusahan semasa di zaman perang.


Hal ini menunjukkan ubi amat berharga pada waktu itu. Namun, apabila kentang dieksport ke Malaysia, ubi sudah kurang dimasak. Ubi juga kurang nilainya berbanding kentang. Kemungkinan juga orang sudah jemu kerana terlalu kerap makan lauk ubi.Jadi, kentanglah yang menjadi pilihan ut utama.



Pembayang ini menunjukkan kesinambungan maksud dengan maksud pantun ini. Sejak wang ringgit menjadi keutamaan, budi tidak hiraukan lagi. Apabila zaman berubah, seseorang akan dihormati jika memiliki wang yang banyak berbanding orang yang menabur budi.



Tiada ulasan: