BAHASA MELAYU MERENTAS FIZIK...

Maksud  fatamorgana mengikut Kamus Dewan Edisi Baharu adalah sesuatu yang berbentuk khayalan atau logamaya.
Perkataan fatamorgana boleh digunakan dalam karangan bahasa Melayu untuk mencantikkan lagi ayat yang ingin disampaikan. Contoh ayatnya seperti berikut :
1. Tidak lagi menjadi fatamorgana kepada pelajar untuk mendapat bahasa Melayu A+ dalam SPM, jika pelajar berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.  
2. Impian untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang SMTKL akan menjadi satu fatamorgana jika pelajar hanya tidur sewaktu peperiksaan.
Maksud lain fatamorgana ialah logamaya. Logamaya adalah fenomena yang berlaku pada jalan raya sewaktu matahari terik daripada jauh kita nampak lopak air yang beralun-alun. Dalam istilah bahasa Inggeris Total Internal Reflaction. Dalam bahasa Melayu bermaksud Pantulan Dalam Penuh.


Tiada ulasan: