MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada pelajar perkara yang betul dan yang salah dalam hukum-hukum tatabahasa bahasa Melayu.

Contohnya Merbahaya - betul atau salah ejaanya. E-Mel betul atau salah ejaanya. Kekhilafan ini nampak mudah, kecil dan tidak menjejaskan maksud yang ingin disampaikan. Jadi, sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab  saya untuk membetulkan kelaziman yang dianggap betul tetapi menyalahi hukum tatabahasa. 

Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini mestilah bermula daripada yang kecil dahulu sebelum membetulkan yang besar. Wallahualam...

3 ulasan:

ruzina berkata...

Namun sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk membetulkan kelaziman yang dianggap betul tetapi menyalahi hukum tatabahasa.

Sorry to say this, but refer to your sentence above, please be careful with 'kata hubung berpasangan' and 'kata pemeri adalah'.

Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Jilid ke-3 atau edisi baharu, perkataan namun digunakan berpasangan dengan walaupun. Namun akan mengikuti walaupun. Walaupun.........namun. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan kata/frasa adjektif dan sendi, tidak digunakan untuk memerihalkan kata/frasa kerja.

Thanks.

Haslindar Nor Bt Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Haslindar Nor Bt Ismail berkata...

Terima kasih kak... saya betul ayat ni.. Jadi, sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkan kelaziman yang dianggap betul tetapi menyalahi hukum tatabahasa... ke ada ayat yang lebih bagus lagi? hehe...

SEKILAS IKAN DI AIR ...