Alahai kata majmuk...
Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih dan menghasilkan satu makna yang khusus. Kata majmuk mestilah ditulis jarak atau terpisah.
Masalahnya ...
Situasi yang berlaku sekarang ramai yang masih tidak mengetahui bahawa kata majmuk ini mestilah ditulis jarak. Perkataan pada papan tanda di bawah jelas menunjukkan kesalahan dalam menulis kata-kata majmuk.
Kurangupaya sepatutnya
Kurang upaya
Pasaraya
sepatutnya
Pasar raya
papantanda
sepatutnya
papan tanda
Hakmilik
sepatutnya
Hak milik
Bandaraya
sepatutnya
Bandar raya
Kraftangan
sepatutnya
Kraf tangan
Maklumbalas sepatutnya
Maklum balas
Lebuhraya
sepatutnya
lebuh raya
Ubahsuai sepatutnya Ubah suai
Namun terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah :
antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya
jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari
Kesalahan ejaan yang harus dibetulkan
EJAAN - KEBISAAN YANG SALAH
Kelaziman ejaan yang biasanya dianggap betul tetapi menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pengguna bahasa kita sendiri bersikap sewenang-wenangnya.
Kata-kata dipetik daripada Dr. Awang Sariyan dalam bukunya Tuntunan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar mengatakan bahawa 'apabila telah lazim digunakan walaupun salah, kata atau frasa seumpama itu sering kali diterima atas alasan masyarakat telah menerima dan menggunakannya. Sikap dan tabiat sedemikian hanya menggambarkan bagaimana akal tidak dimanfaatkan dalam berbahasa.'
Sebenarnya...
Ejaan di atas semuanya salah. Sepatutnya seperti berikut :
SALAH | BETUL |
Atlit | Atlet |
Perabut | Perabot |
Kerinting | Keriting |
Kelinik | Klinik |
KELAZIMAN YANG SALAH
Penggunaan ‘apabila’ dan ‘bila’.
Ada segelintir berpendapat bahawa bila dan apabila adalah kata yang sama maknanya dan tidak perlu dibezakan penggunaannya.
SEBENARNYA...
Apabila tergolong dalam kata Hubung. Contoh lain kata Hubung yang lain ialah ketika, dan, tetapi, lalu, kemudian, dan sebagainya. Manakala bila pula tergolong dalam jenis kata Tanya. Contoh lain kata Tanya ialah apa, mengapa, bagaimana, dan sebagainya. Justeru, kata Tanya bila hanya boleh digunakan dalam ayat Tanya untuk menanyakan masa.
Jadi, keratan akhbar di atas jelas menunjukkan kesalahan penggunaan
kata bila. Sepatutnya seperti berikut :
RANCANG PERSIAPAN APABILA MELANCONG
````````````````````````````````````````````````````````````````````
Penggunaan ‘berbahaya’ dan ‘merbahaya’
Dalam hukum tatabahasa Melayu tidak pernah ada awalam mer- . Namun, yang menjadi persoalan sekarang, mengapakah ada orang menggunakan kata merbahaya?
SEBENARNYA...
Hal ini terjadi apabila berlaku kesilapan transkripsi daripada ejaan Jawi kepada Rumi. Dalam sastera lama, kata marabahaya ditulis seolah-olah merbahaya. Ejaan Jawi pada peringkat awal menggunakan baris atas, bawah dan hadapan untuk menentukan bunyi yang tepat. Dalam evolusi selanjutnya baris-baris itu digugurkan apabila orang telah lazim dengan sebutan yang betul. Gabungan huruf mim dan ra memang menghasilkan bunyi mer, tetapi dalam sastera lama, huruf mim mewakili satu suku kata, iaitu ma dan huruf ra mewakili satu suku kata lain, iaitu ra. Jadi, di sebalik mer, bunyinya ialah mara.
Jadi papan tanda merbahaya di atas salah dari segi ejaannya. Sepatutnya seperti berikut :
AWAS
SELEKOH BERBAHAYA
DI HADAPAN
``````````````````````````````````````````````````````````````
Penggunaan ‘penghawa dingin’ atau ‘pendingin hawa’
Selalu kita terlihat di papan iklan tertulis penghawa dingin atau hawa dingin. Frasa ini salah kerana bermaksud dingin diberi hawa. Dingin tidak memerlukan hawa. Sebaliknya , hawa ada yang dingin dan ada yang panas.
SEBENARNYA ...
Cuaca yang panas menyebabkan hawa panas. Hawa panas menyebabkan kita berasa tidak selesa. Oleh itu, hawa yang panas perlu didinginkan. Untuk mendinginkan hawa, kita memerlukan alat pendingin hawa. Oleh sebab itu, alat tersebut tidak sepatutnya disebut sebagai penghawa dingin, sebaliknya pendingin hawa. Maknanya jelas dan tepat. Sebaliknya, penghawa dingin tidak menimbulkan makna apa-apa.
Jadi papan tanda perniagaan di atas jelas salah penggunaannya. Sepatutnya seperti berikut :
AKSESORI & PENDINGIN HAWA
Langgan:
Catatan (Atom)