Mulut tempayan
Tempayan bermaksud bejana yang diperbuat daripada tanah liat
untuk menyimpan air. Sememangnya salah satu ciri binaan tempayan ialah mulutnya
mestilah mempunyai bukaan yang luas.
Hal ini disebabkan kerana mudah untuk
seseorang mengambil atau mencedok air di dalam tempayan tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian orang zaman dahulu sifat mulut tempayan ini yang besar dan luas
inilah yang menyebabkan lahirnya peribahasa mulut tempayan yang bermaksud
seseorang yang tidak pandai menyimpan rahsia.
Satu lagi kelogikan yang tidak boleh dikesampingkan adalah biasanya tempayan ini tidak mempunyai penutup. Jadi, ada rasionalnya perkaitan mulut tempayan yang sentiasa terbuka dengan maksud peribahasa seseorang yang tidak pandai menyimpan rahsia. Wallualam...