Indahnya Pantun Melayu


Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.

Jika kita baca, sekali pandang pembayang pantun ini tidak membawa apa-apa maksud. Malah apabila kalau roboh kota Melaka, kenapa pula papan di Jawa hamba dirikan ? Mungkin ramai yang berpendapat bahawa pemilihan kata dalam pembayang pantun ini berfungsi hanya untuk menyamakan rima di tengah dan akhir baris pantun ini.

Namun harus diingat dalam pantun Melayu sebenarnya pembayang setiap pantun mengandungi maksud tersendiri dan antara pembayang dan maksud pantun mesti mempunyai perkaitan. Itulah baru dinamakan pantun sebenarnya. Sesungghnya....Pembayang bagi pantun ini membawa maksud yang amat mendalam. Mari kita ungkai segalanya.




EMPAYAR KERAJAAN MELAKA
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan;

Kerajaan Melaka dan kerajaan Majapahit yang terletak di tanah Jawa pada satu ketika dulu adalah dua buah kerajaan yang mempunyai empayar yang luas.

Pada tahun 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kota Melaka telah musnah sama sekali. Maksud apabila robohnya kota Melaka dan jika ingin membinanya kembali, maka dicadangkan mendirikan kota Melaka menggunakan papan yang terdapat di Tanah Jawa. Hal ini kerana, Majapahit adalah sebuah kerajaan yang mempunyai pengaruh dan empayar yang sangat luas selain Melaka.



EMPAYAR KERAJAAN MAJAPAHIT

Perkaitan antara pembayang dengan maksud pantun.
Pembayang sudah jelas menggambarkan kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu yang mestilah berkorban seperti menempuh lautan untuk mendapatkan papan yang terdapat di tanah Jawa. Jadi kesungguhan itu juga disamakan dengan orang yang saling menyayangi mestilah berkorban badan nyawa untuk orang yang disayanginya. Wallahua’lambissawab...