KENAPA MULUT TEMPAYAN ?



Mulut tempayan

Tempayan bermaksud bejana yang diperbuat daripada tanah liat untuk menyimpan air. Sememangnya salah satu ciri binaan tempayan ialah mulutnya mestilah mempunyai bukaan yang luas. 


Hal ini disebabkan kerana mudah untuk seseorang mengambil  atau mencedok  air di dalam tempayan tersebut.  Berdasarkan pemerhatian dan penelitian orang zaman dahulu sifat mulut tempayan ini yang besar dan luas inilah yang menyebabkan lahirnya peribahasa mulut tempayan yang bermaksud seseorang yang tidak pandai menyimpan rahsia.


Satu lagi kelogikan yang tidak boleh dikesampingkan adalah biasanya tempayan ini tidak mempunyai penutup. Jadi, ada rasionalnya perkaitan mulut tempayan yang sentiasa terbuka dengan maksud peribahasa seseorang yang tidak pandai menyimpan rahsia. Wallualam...